Popular Posts

Friday, January 28, 2011

2011 & dunia baru...

Sudah lama menulis rencana mengenai bahasa, budaya dan sastera... kini aku menempuh hidup dengan tanggungjawab yang lebih besar di desk yang lain... hal yang tak pernah terfikir akhirnya berlaku... seronok rasanya bila diberi peluang melakukan sesuatu yang lebih besar namun dalam masa yang sama aku perlu ingatkan diri bahawa peluang yang ada jangan disia-siakan... Pesanan dan nasihat 'Puan' (bos lama) akan aku ingat. Katanya, jangan mudah terpengaruh dengan orang, sebab orang suka tengok kita jatuh... yang penting lakukan kerja sepenuh hati... TQ...
Tiba-tiba teringat pertemuan aku dengan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain mengingatkan aku kembali bahawa betapa Melayu semakin di ambang kegelapan... entah mengapa novel sehebat Interlok menjadi pertikaian walhal sudah hampir 40 tahun diterbitkan....mengapa perlu tunduk kepada India? Semuanya fakta...bukan penghinaan... kalau karya Untouchable boleh terlepas...bagaimana Interlok boleh menjadi isu besar... Melayu janganlah terlalu bertolak ansur... jangan sampai kita pula beransur-ansur ditolak kaum lain... bak kata Nabil ... lu pikirla sendiri!!!

2 comments:

  1. menarik judulnya Selipar Jepun vs High Heel. Bagaimana kalau Terompah LW Kaki Ayam? Agaknya lebih surreal seperti bakar buku ilmu atau buku sastera.Interlok.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas cadangan Datuk . Apa khabar datuk? lama tak berjumpa :)

    ReplyDelete