Popular Posts

Friday, January 28, 2011

Kenangan...

Tinggal kenangan... tapi berharga...

2011 & dunia baru...

Sudah lama menulis rencana mengenai bahasa, budaya dan sastera... kini aku menempuh hidup dengan tanggungjawab yang lebih besar di desk yang lain... hal yang tak pernah terfikir akhirnya berlaku... seronok rasanya bila diberi peluang melakukan sesuatu yang lebih besar namun dalam masa yang sama aku perlu ingatkan diri bahawa peluang yang ada jangan disia-siakan... Pesanan dan nasihat 'Puan' (bos lama) akan aku ingat. Katanya, jangan mudah terpengaruh dengan orang, sebab orang suka tengok kita jatuh... yang penting lakukan kerja sepenuh hati... TQ...
Tiba-tiba teringat pertemuan aku dengan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain mengingatkan aku kembali bahawa betapa Melayu semakin di ambang kegelapan... entah mengapa novel sehebat Interlok menjadi pertikaian walhal sudah hampir 40 tahun diterbitkan....mengapa perlu tunduk kepada India? Semuanya fakta...bukan penghinaan... kalau karya Untouchable boleh terlepas...bagaimana Interlok boleh menjadi isu besar... Melayu janganlah terlalu bertolak ansur... jangan sampai kita pula beransur-ansur ditolak kaum lain... bak kata Nabil ... lu pikirla sendiri!!!

Thursday, January 27, 2011

Orang Melayu dan Ego...

Sepanjang hampir 3 tahun aku berkhidmat sebagai wartawan... banyak ragam manusia yang aku jumpa... ada orang Melayu tak tahu cakap bahasa Melayu... ada yang tahu tapi lebih bangga berbahasa Inggeris... Tak salah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris malah memang digalakkan belajar bahasa Inggeris... tapi jangan sampai bila wartawan tanya dalam bahasa Melayu, dijawabnya pula "I'm sorry, I can't speak Malay" ... sungguh memalukan apabila tokoh ternama Melayu berkata sedemikian... Sekali sekala pandang ke belakang... mana asal usulmu ... jangan sampai Melayu jadi LAYU disebabkan EGO sendiri.